Saturday, 27 April 2013

Daily Burger Bandar Seri Gombak

Kedai Daily Burger di Bandar Seri Gombak ini bukan kedai menjual burger yang biasa. Apa yang dapat dilihat, pelanggan sentiasa menunggu, mengelilingi kedai burger ini. Ketika pertama kali berkunjung di Kedai Daily Burger saya tertarik dengan pelanggan yang ramai. Pada amatan saya pertama kali melintasi kedai burger ini, ia tidak ubah seperti kedai biasa. Namun, setelah memerhatikan cara mereka menjalankan perniaagan saya kagum dan tahu mengapa mereka jual lebih banyak burger dari kedai yang berdekatan!

Kepelbagaian Menu
Di Kedai Daily Burger ini, terdapat perlbagai variasi menu burger yang ditawarkan, daripada burger ayam dan daging lembu kepada rusa dan arnab. Kedai ini juga menawarkan bukan sahaja burger malah oblong perlbagai jenis daging.

Servis yang cepat
Tidak sampai lima belas minit, burger yang saya tempah siap! Ayam special dan Daging lembu special! Perkerja yang ramai membuat pelanggan tidak perlu tunggu lama. Persefahaman antara satu sama lain adalah salah satu indikasi membuatkan servis yang ditawarkan lebih efektif dan efisien.

Cara masak yang unik
Walaupun secara dasarnya, rasa burger adalah hampir sama pada setiap kedai burger yang ada . Namun apa yang didapati kedai Daily Burger ini memasak burger mereka jauh lebh kretif dari kedai burger yang lain. Gaya masakan yang menarik, pembuatan burger itu sendiri, memberikan kepuasan kepada pelanggan.





0 comments:

Post a Comment