Saturday 27 April 2013

Tokoh Usahawan berjaya (SESI 1)
Temubual bersama Syazwani Abdul Rahman


Business Address
Block B8-00-04, Pangsapuri Anggerik, Desa Pandan, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Telephone
03-9200 1591
Fax
03-9200 1591
Services:
Construction


Latar belakang Usahawan?

Nama usahawan yang diketengahkan ini  adalah En.Kamarudin Mohammad. Dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Kampung Pandan. Sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. En.Kamarudin berumur 45 tahun dan mendapat pendidikan di Sek Men Dato' Lokman. Beliau sudah hampir lima belas tahun berkecimpung dalam dunia peniagaan. Seorang yang peramah dan mudah didekati.

Latar belakang syarikat?

En.Kamarudin Mohammad menubuhkan syarikat Al Aman Construction yang merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera pada tahun 1992. Mempunyai pekerja dua belas orang, En.Kamarudin merupakan Pengurus Besar syarikat Al Aman Construction. Syarikat ini memberi khidmat bukan sahaja kepada syarikat, institusi besar malah turut memberi perkhidmatan kepada rumah persendirian.

Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan , Syarikat Al Aman Construction telah berjaya meluaskan perniagaannya ke seluruh negara terutamanya di Melaka, Perak dan Kuala Lumpur.

Syarikat ini ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan pembinaan bagi menghasilkan projek-projek kejuruteraan awam yang berkualiti tinggi, Syarikat menggabungkan sistem rekod kerja yang baik serta berpengatahuan dalam keadaan pasaran semasa dan memahami keperluan pelanggan.

Ditubuhkan dengan tujuan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, syarikat ini mempunyai komitmen yag tinggi terhadap kualiti perkhidmatan. Ini dilahirkan oleh penglibatan Pengarah urusan syarikat yang secara langsung pada projek yang dijalankan diiringin sokongan staf-staf berkaliber. standard diadaptasi ke arah kualiti yang menepati ISO 9001 2008.

Falsafah Perniagaan?

"Sentiasa memberikan yang terbaik , berusaha keras dan sifar rasuah "

Perkhidmatan yang ditawarkan?

Syarikat Al Aman Construction menawarkan perkhidmatan pembersihan bangunan, pembinaan , penyelenggaran dan landskap.

Bagaimana perjalan untuk berjaya ?

En.Kamarudin berkata, walaupun beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi namun apa yang perlu ada dalam setiap individu yang ingin bergelar usahawan adalah keyakinan, semangat juang yang tinggi serta kemahuan untuk mempelajari sesuatu sehingga berjaya. Beliau bermula daripada bawah, dimana beliau mempelajari selok belok perniagaan daripada arwah bapa angkatnya.

Berbekalkan latar belakang keluarga yang juga merupakan peniaga kecil kecilan, En.Kamarudin berkata beliau sentiasa memerhatikan cara kerja bapa angkatnya sehinggalah diberi kepercayaan untuk menguruskan perniagaan bapa angkatnya. Peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh bapa angkat En.Kamaruddin tidak dipersia-siakan sehinggalah beliau sendiri diberi modal untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri.

Pengurusan syarikat ?

Walaupun mempercayai pekerja-pekerja beliau, En.Kamarudin akan memastikan dirinya berada disetiap tapak projek dibawah selenggaraan beliau. Ini kerana beliau merasakan kualiti dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi memastikan syarikatnya kekal lama dalam bidang perniagaan ini.

Seiring dengan peredaran masa, Syarikat Al Aman Construction baru sahaja melancarkan sistem berkomputer untuk memastikan urusan syarikat dan pekerja tersusun dan lebih sistematik.


Idola dalam bidang perniagaan ?

Tun Daim Zainudin, kerana beliau merupakan usahawan melayu berjaya dan merupakan pakar dalam selok-belok perniaagan.

Temubual bersambung ...






1 comment:

  1. Voici les coordonnées de M. Benjamin, lfdsloans@outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Ou Whatsapp +1 989-394-3740 qui m'a aidé avec un prêt de 90,000.00 euros pour démarrer mon entreprise et je suis très reconnaissant, c'était vraiment difficile pour moi ici d'essayer de faire comme une mère célibataire les choses n'ont pas été faciles avec moi, mais avec l'aide de Le_Meridian, j'ai mis le sourire sur mon visage alors que je regarde mon entreprise se renforcer et se développer également.Je sais que vous pouvez vous surprendre pourquoi je mets des choses comme ça ici, mais je dois vraiment exprimer mon gratitude pour que toute personne cherchant de l'aide financière ou traversant des difficultés avec son entreprise ou souhaitant démarrer un projet d'entreprise puisse voir à cela et avoir l'espoir de sortir de la difficulté .. Merci.

    ReplyDelete